Thursday, March 27, 2008
keputusan CA
saya mendapat kembali keputusan CA sehari sebelum cuti bermula.sangat gementar tetapi amat berasa tenang apabila melihat keputusan yang say perolehi.namun saya harus berkerja keras lagi untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan.saya gagal dalam mata pelajaran matematik dan sains.ini kerana saya tidak menumpuhkan perhatian dengan sepenuhnya.saya amat kecewa dengan prestasi saya dalam mata pelajaran matematik kerana keputusan saya di tahun-tahun yang sebelumnya tidak seburuk ini.saya harus lebih berlatih agar saya akan lulus kembali.
cuti sekolah bulan March
seperti tahun-tahun yang lepas,setiap kali tiba cuti bulan march,saya serta keluarga akan bercuti ke malaysia.tetapi tahun ini,kami tidak pergi bercuti kerana tahun ini saya akan menduduki pepriksaan peringkat 'O' dan masa-masa lapang yang saya perolehi haruslah digunakan dengan teliti.saya meluangkan masa saya di rumah untuk mengulangkaji pelajaran.ia bunyi agak membosankan tetapi saya harus berkorban demi untuk sukses dalam pelajaran.saya harap saya dapat lulus dengan cemerlang.
pandangan saya tentang blog...
hari ini adalah pertama kali saya menggunakan blog dan mendapati amat sukar untuk menggunakannya.namun saya mempelajari sesuatu yang baru iaitu menggunakan diari alam maya ini untuk mengexpresikan diri saya.saya berpendapat bahawa blog ini tidak begitu efektif kerana ia dibaca oleh ramai orang.apapun saya akan cuba mengalihkan pandangan saya tentang blog ini dan berpandangan secara positif.
Subscribe to:
Comments (Atom)